Wednesday, January 2, 2008

Siri Penerangan Perlaksanaan Undang-Undang Islam - 2





MURTAD: KEDUDUKANNYA DI SISI ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Penyunting: Farid Sufian Shuaib


Kebebasan beragama dan perlakuan murtad dikalangan orang Islam adalah isu yang sentiasa dibahas, sama ada di dada-dada akhbar ataupun dalam persidangan-persidangan yang berkenaan. Isu ini mendapat liputan dan menarik minat banyak pihak di dalam dan di luar negara.

Buku ini adalah hasil perbaikan dua daripada tiga kertas kerja yang dibentangkan di dalam satu seminar berkaitan isu tersebut yang telah dianjurkan oleh Jabatan Undang-undang Awam bersama dengan Jabatan Undang-undang Islam di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM pada Disember 2004 lalu. Pelbagai persoalan mengenai murtad telah dibahas dan dikupas secara menarik dan padat oleh penyumbang-penyumbang tulisan di dalam buku ini. Ia termasuklah persoalan mengenai kedudukan murtad dalam Islam dikupas oleh Shamrahayu Abdul Aziz dan Mohd Hisham Mohd Kamal. Kemudian persoalan mengenai isu murtad dan kebebasan beragama dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dikupas pula secara menarik dan analatikal oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Bari.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang dan khalayak umum yang berminat.


Spesifikasi Buku:

Bilangan Muka Surat : xvii + 87 hal.

Saiz : 14.5cm x 20 cm

ISBN : 983-2417-26-0
Harga : RM10.00



No comments: