Wednesday, January 2, 2008

Siri Penerangan Perlaksanaan Undang-Undang Islam - 1



ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Penulis: Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

Buku ini membahaskan beberapa isu dan tema penting yang berkaitan dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah isu mutakhir tentang pelaksanaan undang-undang moral yang begitu ketara ditentang oleh golongan Islam liberal. Buku ini sesuai dibaca oleh para pengamal dan pelajar undang-undang. Pendekatan yang diambil sesuai dengan audien sedemikian; yang menseimbangkan aspek-aspek teknikal dengan tema keseluruhan kerangka perlembagaan.
Buku ini keseluruhannya mengandungi 8 bab seperti berikut:

Bab 1: Pengenalan;

Bab 2: Islam Dalam Kerangka Perlembagaan Malaysia;

Bab 3: Sejarah dan Hubungannya Dengan Beberapa Aspek Penting Perlembagaan Persekutuan;

Bab 4: Kedudukan dan Peranan Raja-Raja sebagai Ketua Agama di Bawah Perlembagaan;

Bab 5: Pelaksanaan Islam Melalui Kerangka Perlembagaan dan Perundangan Malaysia: Potensi dan Masalahnya;

Bab 6: Halangan-halangan Pelaksanaan Hukum Jenayah Islam Dalam Perlembagaan;

Bab 7: Murtad Dalam Konteks Kebebasan Beragama di Malaysia;

Bab 8: Undang-Undang Moral dan Jenayah Syariah: Persekutuan Lawan Negeri?

Spesifikasi Buku:
Bilangan Muka Surat : xx + 167 hal.
Saiz : 14.5cm x 20 cm
ISBN : 983-2417-28-7
Harga : RM20.00

Profesor Dr ABDUL AZIZ BARI telah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak 1989. Lahir di Selangor pada 1959 beliau adalah bekas pelajar Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan undang-undang di Malaysia dan England beliau telah menghasilkan banyak buku dan tulisan mengenai undang-undang awam khususnya undang-undang perlembagaan. Ini termasuk tujuh buah buku dan lebih 50 artikel jurnal dan bab dalam buku beliau telah diterbitkan di dalam dan di luar negara. Sementara itu lebih 85 kertas beliau telah dibentangkan dalam pelbagai seminar tempatan dan antarabangsa. Beliau juga telah menulis lebih 250 kolum dan makalah mengenai undang-undang, politik dan perlembagaan dalam akhbar dan majalah tempatan. Di UIAM beliau adalah penyelaras kursus undang-undang perlembagaan dan Ketua Editor IIUM Law Journal. Beliau adalah mantan Ketua Jabatan Undang-undang Awam (1997-99) dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan, 2004-5) di UIAM. Beliau adalah anggota International Bar Association (IBA) dan Society of Legal Scholars (SLS) yang berpusat di London dan tersenarai dalam Marquis’ Who’s Who in the World 2005.

No comments: