Wednesday, January 2, 2008

Siri Penerangan Perlaksanaan Undang-Undang Islam 4 - 5



Buku bonus untuk pembeli set Siri Penerangan Perlaksanaan Undang-Undang Islam:-

4) Syariah Islam: Ciri-Ciri dan Keunggulan
Oleh: Abdullah Naseh Ulwan
Terjemahan: Dr Karim Ali, Samsudin Selamat
Harga RM10.00 (Sebelum diskaun)

5) Islam dan Politik Kenegaraan
Oleh: Dr. Abdul Karim Zaidan
Terjemahan: Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin
Harga RM12.00 (Sebelum diskaun)

Siri Penerangan Perlaksanaan Undang-Undang Islam - 3


PEMBALASAN KESALAHAN JENAYAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK
(Dengan Penumpuan Kepada Peruntukannya Terhadap Bukan Islam)

Penulisan buku ini dihasilkan kerana memenuhi keghairahan masyarakat pada masa ini dari pelbagai pihak yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kedudukan kesalahan jenayah di dalam Undang-Undang Jenayah Islam dan peruntukan-peruntukan pembalasannya terhadap pesalah dari pelbagai etnik dan agama serta perlaksanaannya di dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.

KANDUNGAN
-Pengenalan
-Konsep pembalasan dan masyarakat majmuk
-Pembalasan kesalahan jenayah qisas
-Pembalasan kesalahan jenayah hudud
-Pembalasan kesalahan jenayah ta‘zir

Spesifikasi Buku:
Bil Muka Surat: viii + 187
Saiz: 14 x 22 cm
ISBN: 983-2417-33-3
Harga: RM 20.00

Dr Hj Mat Saad Abdul Rahman
- Felo Kanan , Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik,
Institut Kefahaman Malaysia (IKIM).

- Mantan Prof Madya
Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien,
Universiti Brunei Darussalam.

- Mantan Prof Madya Faklti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Siri Penerangan Perlaksanaan Undang-Undang Islam - 2





MURTAD: KEDUDUKANNYA DI SISI ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Penyunting: Farid Sufian Shuaib


Kebebasan beragama dan perlakuan murtad dikalangan orang Islam adalah isu yang sentiasa dibahas, sama ada di dada-dada akhbar ataupun dalam persidangan-persidangan yang berkenaan. Isu ini mendapat liputan dan menarik minat banyak pihak di dalam dan di luar negara.

Buku ini adalah hasil perbaikan dua daripada tiga kertas kerja yang dibentangkan di dalam satu seminar berkaitan isu tersebut yang telah dianjurkan oleh Jabatan Undang-undang Awam bersama dengan Jabatan Undang-undang Islam di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM pada Disember 2004 lalu. Pelbagai persoalan mengenai murtad telah dibahas dan dikupas secara menarik dan padat oleh penyumbang-penyumbang tulisan di dalam buku ini. Ia termasuklah persoalan mengenai kedudukan murtad dalam Islam dikupas oleh Shamrahayu Abdul Aziz dan Mohd Hisham Mohd Kamal. Kemudian persoalan mengenai isu murtad dan kebebasan beragama dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dikupas pula secara menarik dan analatikal oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Bari.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang dan khalayak umum yang berminat.


Spesifikasi Buku:

Bilangan Muka Surat : xvii + 87 hal.

Saiz : 14.5cm x 20 cm

ISBN : 983-2417-26-0
Harga : RM10.00



Siri Penerangan Perlaksanaan Undang-Undang Islam - 1



ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Penulis: Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

Buku ini membahaskan beberapa isu dan tema penting yang berkaitan dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah isu mutakhir tentang pelaksanaan undang-undang moral yang begitu ketara ditentang oleh golongan Islam liberal. Buku ini sesuai dibaca oleh para pengamal dan pelajar undang-undang. Pendekatan yang diambil sesuai dengan audien sedemikian; yang menseimbangkan aspek-aspek teknikal dengan tema keseluruhan kerangka perlembagaan.
Buku ini keseluruhannya mengandungi 8 bab seperti berikut:

Bab 1: Pengenalan;

Bab 2: Islam Dalam Kerangka Perlembagaan Malaysia;

Bab 3: Sejarah dan Hubungannya Dengan Beberapa Aspek Penting Perlembagaan Persekutuan;

Bab 4: Kedudukan dan Peranan Raja-Raja sebagai Ketua Agama di Bawah Perlembagaan;

Bab 5: Pelaksanaan Islam Melalui Kerangka Perlembagaan dan Perundangan Malaysia: Potensi dan Masalahnya;

Bab 6: Halangan-halangan Pelaksanaan Hukum Jenayah Islam Dalam Perlembagaan;

Bab 7: Murtad Dalam Konteks Kebebasan Beragama di Malaysia;

Bab 8: Undang-Undang Moral dan Jenayah Syariah: Persekutuan Lawan Negeri?

Spesifikasi Buku:
Bilangan Muka Surat : xx + 167 hal.
Saiz : 14.5cm x 20 cm
ISBN : 983-2417-28-7
Harga : RM20.00

Profesor Dr ABDUL AZIZ BARI telah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak 1989. Lahir di Selangor pada 1959 beliau adalah bekas pelajar Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan undang-undang di Malaysia dan England beliau telah menghasilkan banyak buku dan tulisan mengenai undang-undang awam khususnya undang-undang perlembagaan. Ini termasuk tujuh buah buku dan lebih 50 artikel jurnal dan bab dalam buku beliau telah diterbitkan di dalam dan di luar negara. Sementara itu lebih 85 kertas beliau telah dibentangkan dalam pelbagai seminar tempatan dan antarabangsa. Beliau juga telah menulis lebih 250 kolum dan makalah mengenai undang-undang, politik dan perlembagaan dalam akhbar dan majalah tempatan. Di UIAM beliau adalah penyelaras kursus undang-undang perlembagaan dan Ketua Editor IIUM Law Journal. Beliau adalah mantan Ketua Jabatan Undang-undang Awam (1997-99) dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan, 2004-5) di UIAM. Beliau adalah anggota International Bar Association (IBA) dan Society of Legal Scholars (SLS) yang berpusat di London dan tersenarai dalam Marquis’ Who’s Who in the World 2005.

Tuesday, January 1, 2008

Siri Penerangan Perlaksanaan Undang-Undang Islam 1 - 5




1) ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Penulis: Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

2) PEMBALASAN KESALAHAN JENAYAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK
Oleh:
Dr. Mat Saad Abdul Rahman

3) MURTAD: KEDUDUKANNYA DI SISI ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Penyunting:
Farid Sufian Shuaib
Penulis:
Shamrahayu Abdul Aziz
Mohd Hisham Mohd Kamal
Abdul Aziz Bari
Farid Sufian Shuaib

4) Syariah Islam: Ciri-Ciri dan Keunggulan
Oleh: Abdul Naseh Ulwan
Terjemahan: Dr Karim Ali, Samsudin Selamat

5) Islam dan Politik Kenegaraan
Oleh: Dr. Abdul Karim Zaidan
Terjemahan: Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin

Boleh didapati di:
Kedai Buku Tinta Ilmu
di alamat:
Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION (iMAP)
Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole,
Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18,
40200 SHAH ALAM
Tel / SMS: +603554 16915 / +6012 569 0030
Fax: +603-3554 1670

Penghantaran Melalui Pos
Cara Pembayaran:- Bank In / ATM Transfer /Cash Deposit Machine
Bank CIMB: Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam
No Akaun: 1248-0081-0645-24
Bank Islam: Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam
No Akaun: 08-022-02-012734-8
Harga satu set Siri Penerangan Perlaksanaan Undang-Undang Islam:
RM60.00 (RM72.00 Harga asal)

Selepas Bank In, butiran pembayaran dan alamat penghantaran hendaklah dimaklumkan kemudian buku pesanan akan diposkan.